Sosej rolls
RESEPI
A
500g tepung roti/high protein
gula1 camt garam halus
30g susu tepung
1 camt bread improver (optional)
1 camt bread softener (optional)
4 camt yis kering
Gaul bahan di atas sebati
B
250 ml air ( letak 1/2 susu segar)
1 biji telur kecil (pukul sikit)
C
40g butter
40g shortening
Boleh guna shortening atau butter sahaja.
D
kuning telor + susu segar ~ sapukan pada dough sebelum dibakar (nanti dapat color yg kuning berkilat.
Caranya;
1) Masukkan bahan B dalam A. Uli hingga adunan agak licin.
2) Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.
3) Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
4) Tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk hasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam.
5) Bahagikan doh ikut berat yang dikehendaki.Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.
6) Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
7) Bolehlah dibentuk ikut suka.
8) Biarkan hingga naik 40 minit - 1 jam (yg ni selalunya skip terus bakar )
9) Bakar hingga masak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan