Rabu, 30 Jun 2010

Roti serunding ikan


roti serunding ikan :


500g tepung roti/high protein flour

100g gula

1 camt garam halus

30g susu tepung

1 camt bread improver (optional)

1 camt bread softener (optional)

4 camt yis kering


Gaul bahan di atas sebati


B:

250 ml air (letak 1/2 susu segar)

1 biji telur kecil (pukul sikit)


C:

40g butter'

40g shortening

Boleh guna shortening atau butter sahaja.


D:

kuning telor + susu segar ~ sapukan pada dough sebelum dibakar (nanti dapat color yg kuning berkilat .


Caranya:

1) Masukkan bahan B dalam A. Uli hingga adunan agak licin.

2) Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.

3) Biarkan doh selama 30 - 40 minit.

4) Tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk hasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam.

5) Bahagikan doh ikut berat yang dikehendaki.Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.

6) Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.

7) Bolehlah dibentuk ikut suka.

8) Biarkan hingga naik 40 minit - 1 jam (yg ni skip terus bakar )

9) Bakar hingga masak.


Serunding ikan :

2 kg isi ikan - ikan rebus dan ambik isi, tumbuk

1kg bwg besar mesin1 labu bwg putih - blend...

4 btg serai - blend2 inci halia - blend

2 pkt rempah kari -- kes nk mesin rempah,

ketumbar dan jintan

Cili kering blend

2 bj kelapa diambil santan@4-5tbsp bumbung santan serbuk

Sedikit air sekiranya perlu - jgn byk nnt lmbt kering serunding

Gula garam secukup rasa

Semua tu campur sekali dan masak hingga kering betul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan