Rabu, 30 Jun 2010

putu kacang




3 cup tepung kacang hijau ( yg siap dikeringkan , digoreng dan dikisar halus ) + 2 cup confectioners sugar...

campurkan 2 bahan diatas ,

then renjiskan air gaul rata..

renjis air sampai agak lembab aja , jangan sampai basah....

gaul rata jangan bagi ada yg berketul ketul ,

campuran tepung dan gula mesti peroi spt mana sebelum ...

See More direnjis air...

kemudian tekankan kedalam acuan ,

guna pisau kikis bahagian atas yg lebih tu...

pisau yg sama ketuk2 acuan tu..then terbalikkan .. ( tujuan ketuk dengan pisau untuk memudahkan putu kacang ni keluar dari acuan ) ... keringkan jangan terlalu lama ( kalau lama putu kacang akan jadi keras )


BTW adunan ni kita boleh rasa sebab tepung kacang hijau tu dah masak ( if kak jun nak manis tambahkan gula ) if nak kurangkan manis ( kena tambah tepung... atau masa mula mula nak masukkan gula tu masukkan 1 cup dulu, then add 1/4 cup sampailah ikut kemanisan yg kak jun suka :D.


Thanks baya cause syer ngan kak jun resepi2 ni semua :)

Roti@bun sosej


Sosej rolls
RESEPI
A
500g tepung roti/high protein
gula1 camt garam halus
30g susu tepung
1 camt bread improver (optional)
1 camt bread softener (optional)
4 camt yis kering
Gaul bahan di atas sebati
B
250 ml air ( letak 1/2 susu segar)
1 biji telur kecil (pukul sikit)
C
40g butter
40g shortening
Boleh guna shortening atau butter sahaja.
D
kuning telor + susu segar ~ sapukan pada dough sebelum dibakar (nanti dapat color yg kuning berkilat.
Caranya;
1) Masukkan bahan B dalam A. Uli hingga adunan agak licin.
2) Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.
3) Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
4) Tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk hasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam.
5) Bahagikan doh ikut berat yang dikehendaki.Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.
6) Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
7) Bolehlah dibentuk ikut suka.
8) Biarkan hingga naik 40 minit - 1 jam (yg ni selalunya skip terus bakar )
9) Bakar hingga masak.

pulut udang


pulut 4 cawan pulut

4 cawan santan cair .

1 sudu teh garam..masak dalam periuk nasi


inti

150g bawang merah

30g bawang putih

4 btg serai

50g cili kering

2 tsp jintan manis

200g gula

2 tsp garam

700g kelapa

200g udang kering


(blend)

1 .blend bawang ,cili ,serai . jintan manis .

2. masukan dalam periuk

3. masukkan gula dan garam dan udang kacau sampai pekat

4. dah pekat masukkan kelapa , goreng sampai kering or kelembapan yg disukai... daun pisang potong 4 segi, sapu sedikit minyak pada daun pisang letak pulut , leperkan masukkan inti .. gulong . Nak mudah mengulong guna sushi mat . bakar ( baya broil dalam oven)

Roti serunding ikan


roti serunding ikan :


500g tepung roti/high protein flour

100g gula

1 camt garam halus

30g susu tepung

1 camt bread improver (optional)

1 camt bread softener (optional)

4 camt yis kering


Gaul bahan di atas sebati


B:

250 ml air (letak 1/2 susu segar)

1 biji telur kecil (pukul sikit)


C:

40g butter'

40g shortening

Boleh guna shortening atau butter sahaja.


D:

kuning telor + susu segar ~ sapukan pada dough sebelum dibakar (nanti dapat color yg kuning berkilat .


Caranya:

1) Masukkan bahan B dalam A. Uli hingga adunan agak licin.

2) Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.

3) Biarkan doh selama 30 - 40 minit.

4) Tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk hasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam.

5) Bahagikan doh ikut berat yang dikehendaki.Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.

6) Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.

7) Bolehlah dibentuk ikut suka.

8) Biarkan hingga naik 40 minit - 1 jam (yg ni skip terus bakar )

9) Bakar hingga masak.


Serunding ikan :

2 kg isi ikan - ikan rebus dan ambik isi, tumbuk

1kg bwg besar mesin1 labu bwg putih - blend...

4 btg serai - blend2 inci halia - blend

2 pkt rempah kari -- kes nk mesin rempah,

ketumbar dan jintan

Cili kering blend

2 bj kelapa diambil santan@4-5tbsp bumbung santan serbuk

Sedikit air sekiranya perlu - jgn byk nnt lmbt kering serunding

Gula garam secukup rasa

Semua tu campur sekali dan masak hingga kering betul

keke lapis haw flakes@masam manis



Bahan -bahan( pls guna measument cup )

5biji telor asingkan putih & kuning.

1/2 tin susu manis.

8 oz butter ( 1cup butter)

12 bungkus haw flakes asam(buka dia lepas tu relaikan keping keping tu)

1 sk vanilla

100gm biskut marie + 100gram cream creaker , diblend halus. ( 2cup +-)

1 sk bak.powder

3/4 cawan gula.


Pukul putih telor & gula hingga kembang

Kuning telor, butter & susu di gaul hingga sebati

Satukan no.1 & no.2, kacau rata2

Masukkan biskut & bak.powder, kacau

Bagi adunan kepada beberapa warna( baya buat 3 warna setiap satu warna 330gram),

salah satu warna tu di letak sedikit coffee, kalau tidak rasanyaa hanya vanilla aja)..

Kukus selapis2 berat 110gram +- selama 7 minit, tiap2 satu warna selang seli dengan haw flakes.

****notes.

1. (cover penutup kukusan dengan towel supaya air tak menitik keatas kek ).

2. kena make sure setiap lapisan dah masak baru letak haw flakes, if not haw flakes akan tengelam, nak tau dah masak ke tak tekan dengan jari jika tak melekat pada jari tu maknanya dah masak ;).

3. gunakan spatula yg besar untuk spreadkan adunan , lagi besar permukaan spatula lagi cepat untuk melapis ).

serunding daging


Serunding daging :


1 kg daging batang pinang

1 ½ biji kelapa

15 tangkai cili kering ( ikut kepedasan yg kita suka)

19 gm jintan manis(kisar halus)bunga lawang, kulit kayu manis , bunga cengkih , pelaga ...


Bahan yang dikisar:

500 gm bawang merah

10 ulas bawang putih

2 cm lengkuas

5 batang serai

1 cm halia

Garam dan gula (secukup rasa)


Cara:

Rebus daging hingga empuk, kemudian siat sehingga halus.

Air rebusan daging jangan dibuang, gunakan untuk memerah santan.

Perahsantan lebih kurang tiga cawan.

Masukkan pati santan bersama bahan kisar dan jerang di atas api sederhana.

Bila hampir kering, masukkan daging yang telah disiat, garam dan gula secukup rasa. Selepas itu, kacau sehingga ia kering dan garing.

kek tiramisu


IngredientsCAKE:
Lady Finger cookies or white cake
1 teaspoon instant coffee powder
1/4 cup coffee (guna nescafe aja )
FILLING:
1 (8 ounce) container mascarpone cheese.
4 ounce cream cheese .
1/2 cup confectioners' sugar2 tablespoons coffee flavored.
GARNISH:
2 tablespoons unsweetened cocoa powder
1(1 ounce) square semisweet chocolate
Direction to make the filling:
In a small bowl, using an electric mixer set on low speed, combine mascarpone, cream cheese , 1/2 cup confectioners' sugar and 2 tablespoons coffee ; beat just until smooth. Cover with plastic wrap and refrigerate.
To assemble the cake:
Place one plain cake layer or lady finger cookies on a serving plate. Using a thin skewer, poke holes in cake, about 1 inch apart. Pour one third of reserved coffee mixture over cake, then spread with half of the filling mixture. Top with coffee-flavored cake layer; poke holes in cake. Pour another third of the coffee mixture over the second layer and spread with the remaining filling. Top with remaining cake layer; poke holes in cake. Pour remaining coffee mixture on top. Place cocoa in a sieve and lightly dust top of cake. Garnish with chocolate curls. Refrigerate at least 30 minutes before serving.'To make the chocolate curls, use a vegetable peeler and run it down the edge of the chocolate bar.

apam


Bahan A: 125 gm gula pasir125 gm gula Melaka,
dipotong kecil-kecil ( pakai manisan kelapa lagisedap dari pakai gula perang. Kalau pakai semua gula putih dan masak as gulahangus pun boleh, pastu baru la letak air) - dah cuba ketiga-tiga version)
150 ml air
Bahan B: 250 gm tepung gandum, diayak
Bahan C: ½ sudu teh soda bikarbonat½ sudu teh yis, bancuh dengan sedikit air suam - saya bancuh dengan 4 suduteh air suam1 biji telur
Bahan D: 100 ml minyak masak -
Cara Menyediakannya:
1. Masak A hingga gula hancur, tapis dan sejukkan.
2. Sediakan acuan dan panaskan kukusan.
3. Masukkan B ke dalam A, gaul hingga sebati/rata. Ni pakai blender jekesemua bahan. Senang keje dan adunan lagi smooth.
4. Masukkan C. Kacau hingga sebati.
5. Tuang D sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atauhingga masak (bergantung kepada saiz acuan).

Ahad, 13 Jun 2010

puding karemel


1/2 cwn gula... dijadikan gula hangus dan ratakan dlm loyang

1 tin susu cair

10 biji telur 1/2 cwn gula esen vanila

satukan telur, susu cairdan gula.. pukul sebentar.. masukkan esen vanila.. tuang adunan ni dlm loyang yg ada gula hangus tadi. makesure gula hangus tu dah keras.. kukus hingga masak...